Teman Hidup

Assalamualaikum warahmatullah. Aku harap semua sihat. Yang baca blog aku ni pun aku harap sihat-sihat belaka insyaAllah. It's been a while since I've updated my last entry. Mehh, abaikan entri tu. Sekarang kita fokus pada entri di sini. Alright. Nak mula dari mana? Oh yeah, aku update entri ni pakai tab, so entri aku ni mungkin tak panjang sangat kot wallahualam. Okay. See the title up there? Of course, korang boleh agak apa yang aku nak post. Teman hidup? Macam mana tu? Pakwe? Makwe? Gf? Bf? Siapakah dia dalam hidup kita?

Bagi aku, teman hidup hanyalah pasangan kita yang halal, yang disambungkan secara sah melalui lafaz "Aku nikahkan dikau dengan..." bukannya lafaz "Oh my baby I love you sooo fucking damn much!!!" Aku bukannya apa, aku cuma tak sedia nak couple ni semua, sebab memang aku tak reti bab-bab macam ni. Especially, bila kita tengah study, then ada pulak makwe yang kena handle, feels like hidup ni dah menyusahkan diri kita. Better for us untuk fokus pada pelajaran dulu. Hal-hal lain, biarlah Allah yang tentukan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Jodoh kita memang sudah ada. Cuma tunggu masa. Imo, tak perlulah couple ni semua especially yang baru setahun jagung. Kadang-kadang rasa meluat dengar budak-budak 13, 14 tahun bercouple panggil mama, papa kat pasangan masing-masing. Ingat dah matured sangat ke? Teringin sangat ke nak jadi ibu, nak jadi ayah? Aku yang dah besar panjang ni pun tak ada masa nak bercouple inikan pula kamu. So, renungkanlah, muhasabahlah. Bila kita suka pada someone, biarlah kita dan Allah sahaja yang tahu. Berdoalah pada Allah agar hati kita tenang selalu, hilangkan tekanan dan apa-apa saja yang boleh mengganggu kita. I think most of us dah nak dewasa kan? I'm pretty sure kamu semua boleh agak yang mana satu baik dan yang mana satu buruk. Moreover, couple itu memang haram dalam Islam. Mungkin akan ada orang yang kata "Mana haram pun, tak pegang tangan tak haram ler", "Couple jarak jauh pun haram ke?" Yeah yeah, whatever. Tapi aku nak tekankan di sini, tak kiralah kita buat cara macam mana sekalipun, yang haram tetap haram. Sama seperti daging babi. Sebersih mana pun ia, Allah tetapkan daging babi itu haram. Couple itu sendiri mendorong perbuatan yang haram. Apabila kita berduaan, maka akan hadirlah pihak yang ketiga. Jangan disebabkan pihak ketiga itu, kita menyesal tak sudah, nauzibillah moga Allah jauhkan aku dari perbuatan tu. Couple jarak jauh boleh menjadi zina kepada hati. Perasaan sayang dan rindu yang mendalam itu hanyalah perasaan syaitan semata-mata. Tidak lain tidak bukan, syaitan hanya ingin merosakkan iman kita. In a nutshell, once again I said, hidup biarlah maju ke hadapan. Jangan tersangkut di tengah-tengah hanya disebabkan lelaki/perempuan yang tak ada ikatan sah dengan kita. Hidup ini hanya sekali. Bukan dua bukan tiga. Dan disebabkan sekali itulah, Allah menyuruh kita mengisi masa hidup kita dengan amal ibadat, tidak lupa juga mencari rezekiNya.

Aku ada dengar satu kenyataan ni, "Salah satu tanda seseorang itu jodoh kita adalah apabila kita melihat raut wajah dia, kita akan berasa aman dan tenteram". Adakah statement ini benar atau salah? Wallahualam, aku sendiri tak pasti. Biarlah jodoh itu selamanya menjadi rahsia Allah kepada hambaNya. Siapakah kita untuk mencari rahsia Allah? Sedangkan Nabi dan malaikat tidak tahu akan perkara ghaib, inikan pula kita hamba Allah yang hina dina. Aku dah tekad pada diri aku, dalam masa 5-7 tahun ni, jika aku terdetik hendak berpasangan, insyaAllah, aku akan terus melamar orang yang bertuah. Aku tidak mahu hidup bergelumang dengan dosa. Biarlah hidup aku hanya untuk Allah, Rasulullah, ibu bapaku, dan pasangan aku. Buat masa sekarang, aku kena belajar. Itu yang penting. Biarlah orang nak kata apa, asalkan aku tunaikan tuntutan Allah terhadapku, iaitu menimba ilmu. Tambahan pula, sudah adanya jawatan ketua pengawas ini, aku akan cuba buat yang terbaik untuk anak- anak buahku, guru-guruku dan juga untuk sekolah. InsyaAllah.

Sebagai pelajar, memang kita tak boleh nafi perasaan suka ada dalam setiap diri kita.  Tipulah kalau aku kata aku tak pernah suka someone. Ya, aku suka someone. Tapi siapakah dia tu, for sure ramai member form 5 SMKBBS dah tahu. Tapi biarlah. Biarlah aku dengan dia sekadar kawan; tak lebih daripada tu. Perasaan suka ni tiada siapa yang faham. Hanya Allah sahajalah yang faham bagaimana aku mengharungi semua detik ni dalam masa 3 tahun aku suka dia. Benci, cemburu, semua ada. Tapi apa-apa pun, kita akan berbalik juga pada Allah yang Maha Penyayang. Sebelum ni aku buta, sangat-sangat buta dan bodoh. Disebabkan perasaan suka tu datang, lenyaplah persahabatan erat yang pernah terjalin suatu masa dahulu. Kini semua itu hanyalah tinggal kenangan manis aku. Tetapi, alhamdulillah. Allah masih beri kesempatan kepada aku untum berkawan dengan dia semula. Dan yang paling penting sekarang, Allah dah beri peluang kepada aku untuk berkawan dengan semua orang di sekolah! Itu matlamat aku.

Ya, hidup sebagai seorang ketua pengawas memang mencabar, tambahan lagi aku nak SPM tahun ini. Tapi tak kisahlah. Anggaplah ia sebagai suatu cabaran dalam diri. Dan juga pemikul amanah sekolah. Aku akan okey selagi Allah sentiasa ada untuk aku.

Lastly, sebelum  aku akhirkan entri aku ni, aku nak tanya satu soalan kepada orang yang hidup sentiasa dengan couple. "Adakah kita akan rasa aman dan tenteram bila kita putus dengan pasangan kita?" Jawapan yang paling simple, no. Kita akan sedih, kecewa, patah hati dll. Kan lebih bagus kalau kita sentiasa harapkan diri pada Allah dan bukannya pada pasangan kita. Pasangan kita bukannya ada di sisi kita 24 jam. Tetapi Allah sentiasa ada dari saat kita dicipta hingga saat kita dimatikan, dan tak pernah jemu dengan kita. Malah, Allah akan melindungi kita tatkala kita tidur, membuat aktiviti dll. Hidup lebih senang.

So, sampai sini saja entri aku. Have a great day, goodnight. Assalamualaikum warahmatullah. xoxo