First day (16/3/2012)- Memang pagi tu aku kena bangun awal gila ah. Sebab ada barang tak packing lagi, tu pasal bangun awal. Dah siap barang semua, aku mandi sunat ihram, pakai kain ihram dengan solat sunat ihram. Pukul 10 pagi macam tu, ada limosin datang ambil kitorang. Alaa, van je, cuma nombor plat limosin airport. Lagipun, takkan nak naik limosin perdana tu. 7 orang kot nak pi. Muat ke masuk perdana tu T_T Haha, dah masuk barang apa semua dalam van, bertolah la kitorang ke KLIA. So, dah sampai KLIA tu, agen yang bawa kitorang pergi umrah serahkan pasport, visa, nametag, dengan semua kelengkapan tu la. Aku skip terus. Flight pukul 3.30 petang.
Second day (17/3/2012) Aku sampai Riyadh lebih kurang 7 jam selepas bertolak dari KLIA. Sepanjang 7 jam flight tu, aku tidur sejam je. Takleh tidur kot T_T. Sebab waktu Malaysia masa aku mendarat kat Jeddah tu dah pukul 9-10 malam kot. Tapi kat sana baru 5 petang. So, aku ni dah terikut dengan waktu sana. Bila sampai Jeddah, keluar terminal airport, dah dapat bas, dapat la aku tidur lebih kurang sejam macam tu sementara nak sampai Mekah. Gerak punya gerak sampai la Mekah. Sampai hotel tu, aku buat solat Jamak dulu. Then baru keluar hotel nak pergi Masjidil Haram. Ya Allah, pukul 1 pagi tu, dengan pakai kain ihram yang nipis tu, hanya Allah ja yang tahu macam mana sejuk waktu tu. Sumpah aku tak tahan. Dalam sejam setengah tu, habis la aku buat Tawaf Qudum (Tawaf Selamat Datang). Sempat la aku tangkap gambar Ka'abah lepas habis buat solat tawaf.
tak sangka pukul 2.30 pagi ramai gila buat tawaf :O
yang ni pula menara jam tertinggi dunia tuhh. untung dapat tengok :D
So...aku pendekkanlah cerita. Selesai saie, dah masuk waktu subuh. Habis waktu subuh tu, ya Allah, dasyat :O
Betapa ramainya hamba-2 Allah yang buat solat Subuh berjemaah;
berbanding dengan Malaysia T.T
Ada yang dah berkumpul dekat masjid 2 jam sebelum masuk waktu Subuh. Kat sini lain. Sejam sebelum azan Subuh, bilal laungkan azan. Bukan azan masuk waktu, tapi azan bagi orang-2 sekitar tu prepare awal-2 nak pergi masjid. ... Sampai je aku kat hotel, terus melantak kat atas katil sampai zohor. Penat cik abang kakak oii. Sejam lebih ja aku tidur compare dengan 24 jam perjalanan aku dari Malaysia sampai la habis tahallul. Mana tak ngantok ToT
Fourth day (19/3/2012) - Hari ketiga have nothing to do, sebab dorang bagi rest satu hari. So, hari keempat ni ada buat umrah kedua kot tak silap aku. Pergi bermiqat dekat Masjid Tan'im dekat luar Mekah. Niat ihram, solat sunat ihram semua kat situ. Selesai la umrah aku yang kedua :D *ngantuk tak habis lagi ni*
Sebelum masuk waktu Isya'. Ingat nak buat tawaf waktu ni, tapi tengok sendiri la.
Ramai gila orang T_T
Fifth day (20/3/2012) - Hari kelima mak aku ada beli simkad arab. Haha, kira nasib baik la mak aku belikan simkad. Rindu gila bak hangg dekat anis ;( Untung jugak lahh sebab mesej ke nombor M'sia pun just 0.25 Riyal. Bukan mahal mana pun. Tambah-2 lagi aku ada kredit 20 Riyal. Oahhhh, pedajal terus la kredit tu mesej anis <3
Sixth day (21/3/2011) - Hari keenam ni ada buat ziarah Mekah. Waktu ni kira ohsemm la. Pergi Jabal Thur (Gua Thur, tak nampak sebab ada jerebu pasir T_T), Jabal Rahmah dekat Arafah (tempat pertemuan Nabi Adam a.s & Hawa, dapat jugak la daki naik atas tu), Arafah, Muzdalifah, Mina, dengan Jabal Nur (Gua Hira'). Tapi group aku masa tu memang boleh dikatakan tak ada rezeki la nak tengok Jabal Thur dengan Jabal Nur. Memang berdebu gila la hari tu. Tape la :'3 InsyaAllah kalau ada rezeki di hari lain, dapat la aku tengok. Dah tak ada rezeki, nak buat macam mana.
Gua Thur somewhere at the top of that hill. Berdebu gila en? T.T
Jabal Rahmah. Adik aku beria-ria doa kat sini. Orang Melayu kata kononnya, tempat ni tempat berdoa untuk cari jodoh. Erkk? ._.
Seventh day (22/3/2012) - Waktu ni ada buat lawatan ziarah Hudaibiyah. Haha, 2 tempat aku pergi. First kitorang berhenti dulu dekat ladang unta. Dapa jugak la merasa bau tahi unta :'/ dengan bagi makan dekat unta xD. Selesai sudah perjalanan ke Hudaibiyah. Belakang masjid Hudaibiyah tu ada binaan asal masjid. Tinggal tiang ja la. Siling, dinding apa semua tu dah runtuh. Miqat kat situ. Then balik semula ke Masjidil Haram. Tawaf, sai'e, tahallul, habis la umrah aku yang ketiga :D Sambung pula solat Jumaat lepas tu. Nak bagitau, perghh gila dahsyat waktu Zohor tu. Sejam sebelum Zohor, kawasan dalam masjid dah tak ada tempat duduk dah. Nasib aku dapat menyelit masuk saf yang ada rasa lapang sikit. Dapat jugak la tempat duduk :'D
Eighth day (23/11/2012, last day at Makkah) - Memang waktu ni rasa sedih gila la. Seyes. Korang akan rasa satu perasaan ni yang tak pernah datang kat korang. Aku sendiri pun tak pernah rasa perasaan macam tu. Group kitorang dischedulekan bertolak ke Madinah pukul 2 petang. So, mak aku dah plan la nak buat Tawaf Wida' (Tawaf Selamat Tinggal) lepas Zohor. Tapi aku cakap la, buat pukul 10 ni. Tak ada la panas sangat. Kalau lepas Zohor, nanti terkejar-kejar pulak.
Perjalanan ke Madinah ambil masa lebih kurang 5-6 jam. Setengah perjalan dari tu, kitorang berhenti dekat Wadi Khudir. Ada sejarah dia dekat tempat tu, tapi aku malas la nak cerita. Panjang sejarah dia. Makan-2 kat situ, rehat la kejap. Dapat jugak ambil gambar scenery dekat situ.
Memang tak ada apa la dekat situ. Sekeliling tu padang pasir ja pun :/
SubhanAllah, dapat jugak aku tangkap gambar matahari nak terbenam :O
Sampai Madinah lebih kurang pukul 9 malam. So, malam tu tak ada buat apa la.
Second last day (27/3/2012) - Ziarah Uhud, Masjid Quba, Masjid Kiblatain, Masjid Tujuh, Ladang Kurma, Pasar Kurma :D
Last day (28/3/2012) - Bertolak ke Malaysia pukul 11.10 malam. Gila ahhh satu malam tu aku tak tidur, layan movie :3 sejam sebelum mendarat baru aku tidur. Itu pun 15 minit ja. Wakakaka. Sampai rumah tu terus lelap. :p
Aku bagitau korang, aku tak ingat sangat susunan aturcara dia. Sebab aku asik dok buat benda yang sama ja setiap hari, sampai lupa hari yang aku ada lawatan tu hari apa. HAHA xD Nak tengok lagi dekat album aku la. Aku taknak letak semua dekat sini. 300+ gambar kott. Takkan nak letak semua ._.
haha, okengg la. Sampai sini je kot aku nak cerita. Aku dah penat +_+. Kbueee, assalamualaikum :3
Mak dengan adik aku :3