Assalamualaikum w.b.t anak anak agas sekalian :D
Berkenaan pasal last day sekolah, aku malas nak amik tau. Kenapa ea? Sebelum cuti panjang, mesti je ada benda yang buat aku badmood, buat aku menyampah dengan sekolah? Kenapa? Aku taktau kenapa. Dah la. Aku malas nak fikir pasal tu. Sekarang ni aku nak fikir apa aku nak buat cuti ni. Jyeahhh! Entry kali ni aku nak cerita sikit berkenaan aktiviti aku cuti ni.
You see the title up there? Rite? Yeah Umrah. Kenapa aku tulis umrah? Hehe, aku nak pergi umrah minggu depan :D Alhamdulillah, ada rezeki juga aku boleh pergi dengan family aku sekali. Taktau la macam mana perasaan aku bila mak aku dah confirm tarikh dia, that is 16 Mac sampai 28 Mac. Woahhh, lama tu. 2 minggu kot :O that means... 3 minggu aku takkan datang sekolah. Yelaa, 1 minggu cuti + 2 minggu umrah (hari sekolah). Banyak la aku terlepas nanti kat sekolah. Tak apa la. Kewajipan kita sebagai umat Islam, mana boleh tinggal. Rite? Kat sana nanti, aku akan lost contact dengan korang. Nak telefon tu boleh la. Tapi kredit MESTI banyak. Emm, kalau korang ada nak tuntut aku apa apa hal, tuntuk sekarang. Nak minta maaf ke, apa ke, buat sekarang. Aku takmau lewat kan benda ni. Sebab nanti bila aku balik KL, aku taktau la aku boleh online ke tak. And then... aku nak minta maaf, kalau aku ada buat salah dan silap kat korang. Apa apa kesalahan yang aku buat kat korang tanpa aku sedar diminta segerakan pemberitahuan dekat aku. Aku nak minta maaf. That will be easier for me. Tenang aku nak pergi umrah nanti :') Haha, kena bawak buku nak kena ulangkaji la gamaknya kat Mekah nanti. Kalau tak, mampus aku takleh jawab exam. :3
To Anis Aqilah, sorry dear, ikhwan tak dapat nak otp dengan anis 2 minggu ni. Kalau anis ada kredit banyak, buat la IDD Saver. Dapat la anis call keh? Tak payah nak moody ngan ikhwan nanti. Ikhwan doakan anis supaya sihat selalu nanti. And ikhwan doakan kesihatan adik anis, okay? Jangan skip makan tau. Kang demam, haishhh nanti susah. I'll miss you there Anis... Jangan lupa ikhwan nanti kat sana. Kalau la ikhwan boleh online dekat sana, tu KALAU, boleh la skype kejap kan? :)
Apa apa pun, ikhwan doakan yang terbaik buat anis. Don't worry, be happy :')
To my friend at SMKBBS, InsyaAllah aku bawa oley oley dari sana :p Takyah la minta benda benda mengarut ==". Aku bagi air zam zam, mau? :D Lagi elok dari tkdak. Haha, hemm, Mimo, Wina, Faba, Nana, Jie, aku harap mpa boleh salin nota sikit sikit dari cikgu. Aku taknak miss. Nota ja. Latihan nanti aku buat la dekat Mekah nanti. Nanti kirim salam dekat semua orang.
To SLVF, jangan lupa aku tau. Aku doakan yang terbaik untuk korang nanti dekat sana. InsyaAllah :)
Sampai sini je kot apa yang aku nak tulis hari ni. Nanti ada masa, aku tulis okeh? Takecare guys :) Kbueee, assalamualaikum.